Niat Puasa Sebulan Ramadhan & Harian, Doa Berbuka Puasa, Doa Selepas Berbuka Puasa

on 31 July 2011

Salam 1 Malaysia,


Mungkin ada yang terlupa ataupun tak ingat tentang niat puasa dan juga doa berbuka puasa. Jadi di kesempatan ini Fadah nak share dengan pembaca semua 'Niat Puasa Sebulan Ramadhan & Harian, Doa Berbuka Puasa, Doa Selepas Berbuka Puasa'.





NIAT PUASA RAMADHAN (HARIAN)

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

NIAT PUASA SEBULAN RAMADHAN

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

DOA BERBUKA PUASA

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

DOA SELEPAS BERBUKA PUASA

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.



“Dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyayang. Segala puja dan puji bagi Allah yang telah memuliakan akan kami dengan naungan bulan Ramadhan, yang turun padanya malaikat-malaikat dan roh-roh yang mulia selawat dan salam atas junjungan kami Muhammad dan atas keluarga dan sahabat yang mulia, kami mohon kepadamu ya Allah, pemeliharaan keamanan memasuki bulan Ramadhan dan tetapkanlah kami berpuasa Ramadhan, rahmatilah kami dan berkatilah dalam berpuasa Ramadhan, dan perbaikilah segala keadaan kami dan akhlak kami dan sekalian amal kami dalam bulan Ramadhan, ya Allah lanjutkan usia kami ini dengan berkat Ramadhan dan jadikanlah puasa kami ini mengikut segala puasa yang dipuasakan oleh nabi kami Muhammad s.a.w dengan rahmatMu ya Tuhan yang maha pengasih dan penyayang. Kesejahteraan dan keselamatan atas Nabi Muhammad dan segala puja dan puji bagi Allah tuhan seru sekalian alam”.



original source : syaisya



Ranking: 5

Respon

{ 5 comments... read them below or add one }

muz said...

thx for sharing... :)


7/31/11, 3:39 PM
Anonymous said...

Terima kasih atas info yang diberi.


7/31/11, 3:46 PM
Che Armad said...

Di Bulan Ramadhan...

Pahala double...
Dosa pun double...

Selamat berpuasa...

Rujuk entri ini:

http://che-armad.blogspot.com/2011/07/top-searching-ganjaran-pahala-puasa.html


7/31/11, 10:55 PM
Wanzi said...

Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga penghayatan Ramadan kali ini lebih baik berbanding sebelumnya kerana kita tidak mengetahui, adakah kita masih ada peluang untuk bertemu Ramadan seterusnya. Wassalam


7/31/11, 11:29 PM
♥ Syikin_My ♥ said...

tq for sharing :)


7/20/12, 9:35 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Belogfadah Sempoi... All Rights Reserved