Permohonan Rebat Telefon Pintar Belia 1Malaysia

on Saturday


Permohonan Rebat Telefon Pintar Belia 1Malaysia: Golongan belia yang berusia diantara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa ini.
Menurut Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.
Skim itu berkonsepkan siapa cepat dia dapat dan hanya 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.
Menurut Mohamed Sharil lagi, belia yang layak menikmati rebat RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.
Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.
sumber
Ranking: 5

Respon

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Belogfadah Sempoi... All Rights Reserved