Video Pembantu Rumah Di Kuantan Dera Bayi Berusia 4 Bulan


Memang agak menyedihkan bila masih lagi kedengaran ada kes penderaan kanak-kanak oleh pembantu rumah berlaku masakini. Dalam kita sukar mendapat khidmat pembantu rumah yang semakin tinggi kosnya kini, terjadi pula kejadian yang tidak sepatutnya berlaku dalam rumah kita.

Satu langkah yang bijak dibuat oleh seorang bapa yang bertindak memasang CCTV pengawasan di rumahnya sebagai langkah berjaga-jaga. Ini terbukti apabila seorang pembantu rumah warga asing ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup CCTV.




Menurut sumber (klik), perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika beliau sedang minum di sebuah restoran di Kuantan. Majikannya itu terkejut melihat perbuatan wanita pembantu rumah yang sekejam itu diperlakukan pada bayi berusia 4 bulan tersebut.

Beliau bergegas pulang dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan untuk pemeriksaan dan didapati bayi tersebut mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kirinya namun keadaannya dilaporkan stabil.

Sebagai pengajaran untuk kita semua, agar sentiasa berhati-hati dalam mencari pembantu rumah. Sudah banyak kes 'busuk hati' pembantu rumah berlaku, termasuk mencampurkan kotoran dalam makanan majikan mereka. Harapan video ini membuka mata kita semua, ada manusia yang dikategorikan 'tak stabil' mungkin berada di dalam rumah kita.


1 Response to "Video Pembantu Rumah Di Kuantan Dera Bayi Berusia 4 Bulan"

gigiAriEma said...

aiyooo kejam nye. berhati2 la nk amek org gji skrg kn