Ashanty Suruh Anang Cari Isteri Baru


.

Sejak disahkan mengidap penyakit radang selaput otak dan memerlukan rawatan segera, penyanyi Indonesia, Ashanty tidak mampu berbuat apa-apa. Walaupun sudah dibenarkan keluar dari hospital, dia kini masih lemah dan sudah dua minggu aktiviti seninya terhenti.
Laporan laman detikhot.com menyebut, hasil diagnosis menunjukkan Ashanty diserang virus Cytomegalovirus akibat terlalu penat. Sebelum ini isteri kepada penyanyi-komposer popular, Anang Hermansyah itu mengakui dirinya memang terlalu sibuk sehingga mengabaikan kesihatannya.
Pelantun Jodohku itu memberitahu, pada awalnya dia seperti tidak boleh menerima apabila diberitahu mengenai penyakit tu.

"Pada mulanya saya marah dan mempersoalkan kenapa saya yang kena penyakit ini?", katanya.

Lebih parah, dia pernah berasa putus asa. Bahkan pemilik nama penuh Ashanty Siddik Hasnoputro itu pernah menyarankan Anang untuk mencari perempuan lain.

"Saya tertekan. Hari pertama, saya minta mahu berpisah. Saya tanya pada Anang, kenapa dia berkahwin dengan orang yang berpenyakit. Saya katakan pada dia, 'Bang, kamu pergilah cari perempuan lain", ujarnya.

Laporan doktor mengesahkan penyakit Ashanty sudah diperingkat serius. Namun nasibnya baik apabila dia kini beransur pulih.

"Saya pasrah dan ikhlas, kaki kiri saya mula boleh bergerak. Ini mukjizat Allah, banyak hikmahnya," ucapnya bersyukur.

Disebakan keadaanya yang belum betul-betul pulih, Ashanty terpaksa menangguhkan pelancaran single terbarunya, 'Mengapa Oh Mengapa'.

Ashanty juga terpaksa berehat daripada meneruskan penggambaran filem sulungnya. Dia juga tidak mengambil tawaran daripada luar Jakarta.

- mD

0 Response to " Ashanty Suruh Anang Cari Isteri Baru"