Bekas Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak Koma

on Wednesday

Azizan Abdul Razak

ALOR SETAR – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan berada dalam koma dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Azizan ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) hospital tersebut.
Bekas Setiausaha Politik Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan Azizan, 70, kini dipantau rapi oleh doktor dan dalam keadaan koma.
“Azizan koma sejak pukul 5.30 pagi tadi. Beliau dipindahkan dari sebuah hospital swasta di sini petang kelmarin selepas mengalami jangkitan virus di bahagian kaki. Jangkitan itu melarat dan setelah diberi antibiotik, Azizan alah dan koma,” katanya.
Muhammad Sanusi berkata, beliau sempat membacakan Yasin dan berzikir di sebelah Azizan, dan dilihat memberi respons dengan kejip matanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi.
Bagaimanapun, Pas kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri apabila BN memenangi 21 dari 36 kerusi Dun untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. SUMBER

Ranking: 5

Respon

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Belogfadah Sempoi... All Rights Reserved