Berita Terkini Pesawat MAS MH370 Hilang 20 Mac 2014




Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang pada khamis 20 Mac 2014. Misi pencarian MH370 kini sudah memasuki hari ke-13. Operasi mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan di dua koridor iaitu utara dan selatan untuk mengesan pesawat tersebut.

13

Imej Satelit Dijumpai Pakar IT India Bukan Milik Pesawat MH370

Dakwaan seorang penganalisis teknologi maklumat (IT) India yang dikatakan menemui imej satelit yang kononnya pesawat MH370, telah pun dipertikai. Imej pesawat itu merupakan imej sekitar tahun 2009 hingga 2012 dan hanya wujud di lapisan asas pemetaan MapBox. Kesimpulannya, imej satelit tersebut menggunakan database pada tahun 2009 dan ini menyangkal dakwaan bahawa pesawat MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 yang lalu.

satelit

Bukti Imej Satelit Dipertikai Bukan Milik MH370

Berdasarkan siasatan, penemuan imej kapal terbang itu berdasarkan data satelit yang belum dikemaskini dan tahun akhir dikemaskini adalah pada tahun 2009.

imej

Carian

FBI Ambil Alih Siasat Simulator Kapten MH370

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) secara rasmi menyertai siasatan kehilangan pesawat MH370 dan dijangka mula menganalisis komputer dan simulator yang diambil dari rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, minggu ini. FBI dikatakan ingin terlibat dalam penyiasatan simulator terbabit setelah log data dalam simulator penerbangan tersebut sudah dipadamkan.

simulator

Data Simulator Penerbangan Kapten MH370 Sudah Dipadamkan

Maklumat yang dipadamkan dalam simulator milik juruterbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah data log daripada tiga jenis permainan penerbangan. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata hasil siasatan awal mendapati data log daripada simulator itu dipercayai dipadamkan pada 3 Feb lepas. Khalid juga berkata data yang dipadam itu akan diperoleh semula melalui kaedah forensik dengan melibatkan pakar dari CyberSecurity Malaysia, pakar luar negara dan MAS. Menurutnya, polis tidak menuduh kapten MH370 cuma ianya adalah langkah penyiasatan menyeluruh.

simulator

India Sambung Semula Misi Pencarian MH370

Malaysia telah membuat permohonan baharu untuk membantu dalam pencarian di kawasan baharu menjangkau 5,000 batu nautika ke arah selatan dari Jakarta, Indonesia. India kini menggerakkan semula pesawat rondaan maritim jarak jauh P-81 dan pesawat C-130J Super Hercules bagi meneruskan pencarian pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS). India antara 26 buah negara yang turut membantu Malaysia dalam usaha mencari dan menyelamat MH370.

india


sumber 

0 Response to "Berita Terkini Pesawat MAS MH370 Hilang 20 Mac 2014 "