Saksi Cerita Kemalangan Maut Babitkan Karpal Singh

on 18 April 2014



Saksi Cerita Kemalangan Maut Babitkan Karpal Singh | Seorang saksi berkata, beliau melihat seorang mangsa terbaring atas jalan di tepi sebelah kiri kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard sejurus selepas kemalangan.
Saksi Cerita Kemalangan Maut Babitkan Karpal Singh

Azman Ahmad Bakri, 38, juga melihat seorang lelaki lain yang duduk di kerusi bahagian tengah MPV, memeluk mangsa yang duduk di kerusi hadapan.

“Apabila cuba menghampirinya lelaki itu berkata ‘go away...go away’,” katanya yang ketika itu tidak mengetahui antara mangsa adalah bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh dan anaknya. Dia kemudian menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan pada kira-kira jam 12.45 pagi.

Dalam kemalangan di Kilometer 306.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berdekatan Gua Tempurung, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kiri muka, apabila MPV dengan nombor pendaftaran KS 9898 yang dinaiki lima orang, merempuh belakang sebuah lori Mitsubishi Canter yang membawa simen, besi, jubin di lorong kiri laluan dua lorong itu.

Turut maut di tempat kejadian ialah pembantu peribadinya, C Michael, 39. Mayat mereka dibawa ke Hospital Kampar (HK), tetapi kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.


Seorang wanita pembantu rumah warga Indonesia, pula cedera parah dan mendapat rawatan di HRPB. Anak Karpal, Ram Karpal Singh, 38, cedera ringan di kaki dan dirawat sebagai pesakit luar di HK, manakala pemandu MPV, seorang warga India, C Selvam, 27, tidak cedera.
Pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45, dari Selangor cedera ringan, manakala isterinya, Nur Azlina Ahmad, 23, dan anak mereka Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah, 4, tidak cedera.

Ketika kejadian, Karpal dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur selepas melawat anaknya yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang dirawat di wad Hospital Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur ke rumahnya di Georgetown, Pulau Pinang untuk menghadiri sebutan kes seorang jurutera yang didakwa membunuh teman wanita pada 14 Februari lalu. 


sumber

[ Terkini ] 6 Gambar terkini Adun Paloh kemalangan dan kini di rawat di Hospital Ipoh !





Gambar terkini Adun Paloh kemalangan kini di rawat di Hospital Ipoh - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah cedera manakala isterinya, Datin Maziah Din meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di jalan Cameron Highlands menghala ke Simpang Pulai.
Kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sempat meluangkan masa melawat Datuk Paduka Norzula di Hospital Ipoh.




Manakala di felda Ciku 3 Gua Musang di rumah Datuk Paduka Norzula persiapan sedang di lakukan bagi menunggu jenazah Datin Maziah tiba dari Hospital Ipoh, suasana pilu menyelubungi sana saudara keluarga dan orang ramai.


Jenazah di jangka di sembahayang kan pada pukul 9 pagi ini, salam takziah sekali lagi dari Admin kepada Datuk Paduka Norzula atas kehilangan isteri tersayang, semoga roh nya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama insan yang di redai Allah. Amin , Al-fatihah.

Pelajar Tahfiz Maut Tercekik Mi Segera

on 17 April 2014






KUALA NERANG – Seorang pelajar tahfiz di Sekolah Agama As Siddiqiah di sini, maut dipercayai tercekik mi segera, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.45 malam di asrama sekolah berkenaan. – Berita Harian

Rekod MPV Dinaiki Karpal, Ada 29 Kesalahan Trafik.. 15 Saman Belum Jelas






REKOD ke atas kereta jenis MPV yang dinaiki Ahli Parlimen Bukit Gelugor Mendiang Karpal Singh, 74 tahun, yang terlibat dalam kemalangan awal pagi menunjukkan ada saman trafik yang belum dijelaskan.

Ketua Polis Daerah Kampar Supritendan Ng Kong Soon dalam laporan Bernama berkata, rekod MPV itu menunjukkan 29 rekod kesalahan lalu lintas iaitu memandu laju dan sejumlah 15 saman masih belum dijelaskan.

Karpal dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kejadian berkenaan awal pagi tadi.

Kereta MPV itu dikatakan hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah lori 5 tan ketika dalam perjalanan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke utara.

Sementara itu, Ng berkata ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu lori berkenaan dipercayai ada kesan dadah jenis ganja.

“Terdapat adanya kesan penggunaan dadah jenis ganja pada ujian saringan air kencing polis terhadap pemandu lori tersebut namun begitu kita akan hantar sampel tersebut kepada pihak hospital dan patologi untuk dianalisis dengan lebih lanjut,” katanya menurut laporan Astro Awani.

Lori yang digunakan juga merupakan sebuah lori syarikat pengangkutan yang berdaftar di Petaling Jaya dan semasa kejadian lori tersebut menghala ke Ipoh sambil membawa muatan barang-barangan seperti bekalan simen, kepingan mozek dan besi.

Dalam kejadian, pada jam 1.10 pagi itu, lori berkenaan secara tiba-tiba dikatakan memasuki lorong yang dilalui kenderaan yang dinaiki Karpal.

Akibatnya kenderaan mereka melanggar bahagian belakang bucu lori tersebut.

Rempuhan itu mengakibatkan impak yang kuat sekaligus meragut nyawa Karpal dan pembantu peribadinya di tempat kejadian. – SiakapKeli.com

Karpal Berkeras Mahu Bertolak Malam






IPOH – Karpal Singh berkeras untuk bertolak ke Pulau Pinang pada waktu malam supaya beliau boleh membuat persiapan untuk kes mahkamah pada Khamis, kata anaknya,Gobind Singh Deo.

“Saya bertemu dengannya buat kali terakhir di Hospital Pantai, Bangsar apabila saya mendapatkan rawatan disana.

“Kami berbual sekejap saja dan beliau memperkatakan banyak perkara dan akan berbincangkan mengenainya kemudian,” kata Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong.

Gobind berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada isterinya mengenai insiden tersebut kira-kira pukul 2.15 pagi Khamis.

“Isteri saya mahu mendapatkan pengesahan dan kami kemudiannya bergegas balik ke Kampar.

“Kami melihat mayatnya dan Michael, yang juga penjaganya, yang duduk di kerusi belakang Karpal di dalam kereta itu,” katanya.

Gobind berkata, adiknya, Ramkarpal dan pemandu, C Selvam yang turut berada di dalam kereta itu hanya mengalami kecederaan ringan.

Pembantu  rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak.

Gobind berkata beliau akan mengumumkan tarikh pengebumian bapanya nanti.

“Ramai rakan dan ahli keluarga yang berada di luar negara mahu pulang dan memberikan penghormatan terakhir di rumah kami di Jalan Utama, Pulau Pinang.

“Kami merancang untuk melakukan pada petang Sabtu atau pagi Ahad untuk memberi peluang kepada mereka mengatur perjalanan,” katanya. – mStar

Punca Karpal Singh Maut Kemalangan Jalanraya 17 April 2014




Punca Karpal Singh maut atau meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada 17 April 2014. Takziah diucapkan kepada YB Karpal Singh Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang telah maut dalam kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi 17 April 2014. Turut terkorban dalam kemalangan tersebut ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.


karpal


Punca Karpal Singh Maut Kemalangan 17 April 2014

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah. Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.



Gambar Karpal Singh Kemalangan Maut 17 April 2014

kemalangan

Laporan Rasmi Karpal Singh Kemalangan 17 April 2014

Pada 17 April 2014 jam 1.30 pagi d km 301.6 Lebuhraya Utara Selatan, satu kemalangan maut melibatkan MPV Alphard KS 9898 (VIP) telah melanggar sebuah lori WTL9909 yang cuba menukar laluan tanpa memberikan isyarat menyebabkan Toyota Alphard yang dinaiki oleh Karpal Singh mengalami kerosakan teruk. Dua mangsa maut akibat insiden tersebut iaitu Karpal Singh dan pemandu peribadi beliau Michael Cornandez. Turut bersama menaiki kenderaan Toyota Alphard adalah pembantu rumah Karpal Singh warga indonesia dan anak lelakinya Ram Singh, 39 tahun. Bagaimanapun, pembantu rumah mengalami cedera parah manakala anak lelakinya hanya cedera ringan. Impak pelanggaran dengan lori seberat 5 tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek adalah faktor utama kemalangan maut tersebut berlaku.








Video Karpal Singh Maut Kemalangan 17 April 2014




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Belogfadah Sempoi... All Rights Reserved