facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Ayah Tiba2 Ditetak 5 Lelaki. Apa Tindakan Isteri Dan Anaknya Buat Ramai TERKEJUT !!!


Ayah Tiba2 Ditetak 5 Lelaki. Apa Tindakan Isteri Dan Anaknya Buat Ramai TERKEJUT !!! | Gara-gara berang dengan tindakan lima lelaki yang menyerang bapanya, seorang lelaki bertindak menghancurkan kereta yang ditinggalkan suspek dengan sebatang kayu.
Lelaki berusia sekitar 20-an itu bersama ibunya bertindak memecahkan cermin dan beberapa bahagian lain walaupun orang ramai cuba menenangkan keadaan.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi ketika mangsa dan isterinya dalam perjalanan ke gerai jualannya di kompleks perikanan.
“Tiba-tiba kereta yang dinaiki mangsa dipintas sebuah kereta Perodua Axia berwarna putih yang dipercayai dinaiki lima lelaki.
“Empat daripada mereka keluar daripada kereta terbabit dengan bersenjatakan pedang dan menutup sebahagian muka mereka dengan kain dan telah bertindak menetak cermin hadapan kereta mangsa,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Mohd. Zamri berkata, salah seorang daripada suspek kemudiannya menetak tangan kanan mangsa sebelum melarikan diri.
Ujarnya, kejadian telah dilihat salah seorang anak lelaki mangsa lalu bertindak mengejar mereka sehingga menyebabkan kereta yang dinaiki kesemua suspek terbabas 500 meter dari tempat kejadian.
“Anak lelaki mangsa yang berusia 20-an dan ibunya yang berusia 50-an hilang sabar sehingga merosakkan kenderaan itu,” ujarnya.
Mohd. Zamri berkata, pemeriksaan pada kereta Perodua Axia yang digunakan kesemua suspek didapati merupakan kenderaan curi kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu dan siasatan mendapati kereta itu telah dilarikan di Kerteh, Kemaman beberapa bulan lalu.
Video Kejadian:-
Video Player
00:00
02:46
Sumber : Hishamuddin Ahmad Zaki via Sukan Star TV – sstv.my
loading...
Ayah Tiba2 Ditetak 5 Lelaki. Apa Tindakan Isteri Dan Anaknya Buat Ramai TERKEJUT !!! Ayah Tiba2 Ditetak 5 Lelaki. Apa Tindakan Isteri Dan Anaknya Buat Ramai TERKEJUT !!! Reviewed by Unknown on 7:33 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.