facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

NGERI! KISAH LELAKI INI BERCINTA DENGAN J-IN


Kisah seram Pemuda Ini Bercinta Dengan Jin membuka sebuah kisah yang amat menyeramkan yang telah di lalui oleh seorang pemuda dari kota bharu bernama Rizal berusia lewat 20 an.

Bagaimana Rizal boleh melalui detik hitam bercinta dengan Jin??sama sama kita ikuti kisah beliau.

"masa itu aku baru saja berusia 19 tahun,aku juga seorang yang pendiam lebih lebih lagi bila aku putus cinta dengan gadis sebaya ku..maka aku menjadi lebih pendiam.

aku membawa diri merantau jauh dari kampung halaman ku di kota bharu dan bekerja di Pulau pinang.

Di sana aku menetap di sebuah perumahan di bayan lepas..

ikutkan aku sudah tawar hati untuk bercinta atau jatuh hati lagi,mahu tak gila bila kita sudah sayangkan seseorang sepenuh hati lebih lebih lagi sejak di zaman sekolah lagi tiba tiba hilang macam tu saja...

berbalik kisah aku bekerja di pulau pinang,hampir setiap malam pulang dari tempat kerja aku akan melalui satu lorong untuk pulang ke rumah sebelum tiba di rumah ada seorang gadis bernama Latifah setia menjual kuih muih pada malam hari.

wajahnya persis wanita arab,berbaju kebaya sangat anggun!pasti ramai yang terpikat dengannya.

dari sehari ke sehari aku mula menyimpan perasaan terhadap latifah!

"abang rizal ini ada kuih lebih jualan hari ini,jadi saya beri sajalah ya.." ujat latifah sewaktu aku berhenti di gerai kecilnya itu,memang kebiasaan aku akan singgah di gerainya untuk membeli kuih bak kata orang sambil menyelam sambil minum air,dapat juga aku melihat wajah jamilah dari dekat!.

sehingga lah tiba hari yang sangat istimewa bagi ku.........

"Abg rizal ni pasti ke nak belanja saya makan malam..malam esok??" soal latifah ingin lebih kepastian.

"confirm..hehe..boleh ke tidak gadis rupawan?."jawab ku jujur sambil menahan malu.

"boleh saja tapi tunggu saya tutup gerai ini dulu boleh?"balas latifah dengan wajah yang manis.

"boleh saja cik latifah lagipun kebetulan masa kerja saya tamat pun waktu cik latifah dah nak tutup gerai kan"..

keesokkannya,.............

aku membawa latifah ke sebuah kedai makan di sekitar bayan baru.

"Dah lama sangat saya nak beritahu pada cik latifah .."ujarku sambil pandangan ku alih ke lantai kedai makan itu menahan malu.


"iya abg,cakap lah pada latifah apa yang abang ingin katakan "latifah tersenyum melihat gelagatku.


" . .errr..abg...abg dah lama jatuh hati pada cik latifah ni..." merah padam aku menahan malu untuk mengungkapkan perkataan itu di hadapan latifah.

"latifah pun sebenarnya begitu juga abg..jujur dari hati saya dah lama terpikat pada abg..."Ä·ata kata latifah membuat kan aku berasa mahu saya melompat macam kanak-kanak!

5 bulan perhubungan kami berlangsung dengan bahagia tetapi kesihatan aku menjadi terjejas aku sendiri pun tak tahu apa puncanya...malas aku mahu ke klinik kerana aku hanya berasa sakit perut saja hampir setiap hari.

Suatu hari,...............

"Abang...mungkin lepas ini kita tidak bertemu lagi...."luah latifah dengan nada sedih dan sayu..

"tapi kenapa sayang???"aku berasa sungguh tidak sedap hati dengan kata kata latifah tadi.

"entah lah abang,tak lama lagi gerai tempat saya berniaga akan di robohkan untuk projek pembesaran jalan .."luah latifah lagi.....

"la..sayang ni..sebab gerai je kan..tak kan sampai tak bertemu lagi...."pujuk ku....

"ABANG TAKKAN FAHAM!!!" selesai kata kata itu di tuturkan latifah berlari pergi dari kawasan di mana tempat mereka bertemu..sekelip mata saja latifah menghilang...buntu rizal di buatnya apabila di tinggal begitu saja.

hampir sebulan juga aku tidak menemui latifah,pelik...dan berbagai lagi perasaan ada.

hinggalah suatu hari aku teringin bertanya kepada pekerja yang membuat jalan di lorong itu.

"Bang..maaf la nak bertanya..kemana tuan punya gerai yang di robohkan ini pergi ya?soal ku...

"Gerai???rasanya memang pasti tiada gerai di robohkan hanya semak samun saja yang di bersihkan di sini...."aku bagai tidak percaya dengan kata kata pekerja jalan itu.

aku segera ke sebuah kedai berhampiran untuk bertanya tentang perkara yang sama...

Namun jawapannya tetap sama!!

"Sabar lah nak ini ujian buatmu...memang sebelum ini ada beberapa orang juga telah "terkena"di kawasan itu..banyak kan bersolat dan memohon perlindungan dari Allah Swt ,." nasihat pak karim pemilik kedai runcit itu.

gelap gelita aku rasakan dunia ketika itu.....latifah seperti manusia...dan....Apakah yang aku makan selama ini dari Latifah????,..persoalan itu yang tak ku temukan jawapannya hingga ke hari ini.

amat logik aku berasa sakit perut hampir setiap hari kemungkinan adalah dari apa yang aku makan itu.

hampir nak gila aku di buatnya!sekali lagi aku buat keputusan untuk pulang ke kampung halaman setelah 6 tahun.

sungguh berbaloi juga kepulanganku ke kampung halaman kerana aku dan bekas kekasihku yang dulu bercinta kembali cuma bezanya dia sudah menjadi janda sewaktu aku berhijrah ke pulau pinang.

Dalam hatiku,janda pun jandalah janji aku sayangkan dia yang penting dia bukan Latifah....................oh tidak,.minta simpang.

SUMBER : JOMGETAH
loading...
NGERI! KISAH LELAKI INI BERCINTA DENGAN J-IN NGERI! KISAH LELAKI INI BERCINTA DENGAN J-IN Reviewed by Unknown on 3:06 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.