facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

4 Perbandingan Al-Quran Kepada Pembaca Al-Quran



Mukmin yang Membaca Al Qur’an Ibarat Buah Utrujah yang Wangi & Manis

Sebagai seorang Muslim, sudah sepantasnya untuk selalu membaca Al-Quran setiap hari. Apalagi bagi seorang Mukmin, maka membaca Al-Quran sudah semestinya dikerjakan dengan sungguh-sungguh dan tidak hanya sambil lalu saja.

Tingkatan selanjutnya, jika seorang Muslim sudah boleh membaca Al-Quran dengan betul dan lancar, maka hendaklah ia memahami isi kandungannya dan kemudian diamalkan semampunya. Sebab bagi seorang Mukmin, Al-Quran merupakan sebuah penerang bagi manusia dalam menjalani kehidupan.

Selain itu, dalam sebuah hadis, Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam mengumpamakan seorang Mukmin yang membaca Al Qur'an itu ibarat buah utrujah yang mempunyai bau yang sangat wangi dan rasa yang manis. Barangkali kalau diibaratkan seperti buah nangka, yang mempunyai wangi yang sedap juga mempunyai rasa yang manis. Al Qur'an bermanfaat buat dirinya juga buat orang lain. Beliau shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِى يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ الأُتْرُجَّةِ رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ وَمَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِى لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ التَّمْرَةِ لاَ رِيحَ لَهَا وَطَعْمُهَاحُلْوٌ وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِى يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ الرَّيْحَانَةِ رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِى لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الْحَنْظَلَةِ لَيْسَ لَهَارِيحٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ

Artinya: "Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al Qur'an seperti buah utrujah yang mempunyai wangi yang sedap dan rasa yang manis. Sedangkan perumpamaan seorang mukmin yang tidak membaca Al Qur'an ibarat buah tamar (kurma) yang tidak mempunyai bau tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan seorang munafiq yang membaca Al Qur'an ibarat buah roihanah yang mempunyai wangi yang sedap tetapi rasanya pahit. Dan perumpamaan seorang munafiq yang tidak membaca Al Qur'an ibarat buah handzholah yang tidak mempunyai bau dan rasanya pahit ". (HR. Muslim, 1896)

Semoga kita semua digolongkan oleh Allah SWT sebagai hamba-hamba-Nya yang selalu melantunkan ayat-ayat suci Al Qur'an, senantiasa mentadaburi Al Qur'an dan mengamalkan isi Al Qur'an semampu kita sebagai bekal menghadapi kehidupan di akhirat nanti.

*sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com
loading...
4 Perbandingan Al-Quran Kepada Pembaca Al-Quran 4 Perbandingan Al-Quran Kepada Pembaca Al-Quran Reviewed by Nur Fadah on 5:10 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.