facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Solat Tarawih paling cepat di Dunia: 23 Rakaat dalam masa 7 minit (VIDEO)




Solat Tarawih merupakan salah satu ibadat sunat yang hanya dapat dikerjakan pada bulan Ramadan. Dalam pelaksanaannya, masyarakat Indonesia biasa mengerjakan solat tarawih dengan 11 dan 23 rakaat(termasuk solat sunat witir 3 rakaat).

Satu video yang mula tersebar di internet menunjukkan jemaah sedang melakukan solat sunat tarawih di sebuah masjid di Indonesia. Dalam video itu kelihatan jemaah masjid melakukan solat sunat tarawih “super laju”. Video itu dikatakan diambil dari sebuah masjid di Blitar, Jawa Timur, Indonesia.

Di Blitar, Jawa Timur, Pesantren Mambaul Hikam Mantenan melakukan solat tarawih sebanyak 20 rakaat dan ditambah dengan solat witir 3 rakaat dikerjakan hanya dalam masa 7 minit.

Solat dengan tempoh yang singkat tersebut dengan cepat menarik perhatian anak muda sekitar pesantren untuk mengikuti solat sunat tarawih cepat tersebut. Jemaahnya juga tidak hanya berasal dari Blitar, sejumlah pemuda dari Kediri, Blitar, dan Tulungagung pun turut serta.

Solat tarawih cepat tersebut telah dilakukan sejak Pesantren Mambaul Hikam Mantenan pertama kali dibina oleh KH Abdul Ghofur sekitar 160 tahun lalu. Hingga saat ini, pengasuh pesantren mengaku tidak berani mengubah cara solat tersebut.

“Saya ini hanya mengikuti apa yang sudah dilakukan oleh para sesepuh. Kami tidak berani mengubahnya,” kata KH Diya’uddin Az-Zamzami, salah seorang pengasuh pesantren Mambaul Hikam.

Menurut KH Diya’uddin, solat itu cepat kerana imam hanya mengerjakan doa yang wajib-wajib contohnya niat, takbirotul ihram, bacaan Fatihah dan ayat pendek Al-Quran hingga salam.

“Doa rukuk, kita singkat cukup Subhanallah. Lain-lain hanya Allah-Allah saja. Tahiyat akhir juga hanya dengan bacaan selawat untuk Nabi Muhammad kemudian salam,” jelasnya.



SUMBER ASAL
loading...
Solat Tarawih paling cepat di Dunia: 23 Rakaat dalam masa 7 minit (VIDEO) Solat Tarawih paling cepat di Dunia: 23 Rakaat dalam masa 7 minit (VIDEO) Reviewed by Nur Fadah on 6:30 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.