facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Bahaya tidur selepas sahur yang sungguh mengejutkan




Antara kebiasaan bagi orang yang berpuasa adalah tidur selepas sahur. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui kezaliman ini boleh mengundang pelbagai jenis penyakit.

Doktor pakar penyakit dalam, Ari Fahrial Syam menasihatkan cuba elakkan daripada tidur selepas sahur kerana makanan belum dicerna dan kembali ke kerongkong kerana tarikan graviti,

Jika ia berlaku, asid perut akan naik dan melukakan kerongkong yang menyebabkan kerongkong akan terasa seperti terbakar dan mulut pun terasa pahit.

Bagi mengatasi masalah ini, anda perlulah tidur menggunakan bantal yang lebih tinggi daripada kebiasaan ataupun setengah duduk.

Menurut Pensyarah Fakulti Perubatan di Universiti Indonesia pula, anda boleh tidur selepas dua jam selepas bersahur.

Makanan yang berlemak seperti keju dan lauk-pauk berminyak memerlukan masa dua jam untuk dicerna manakala nasi dengan sayur berkuah atau telur dan ikan rebus biasanya memerlukan lebih kurang satu jam untuk dicerna.

Untuk perut mempunyai masa untuk mencerna makanan sahur, kita digalakkan bersahur sejam sebelum imsak iaitu sekitar jam 4.30 hingga 5 pagi. 

Bila sudah dekat waktu imsak, makanlah makanan dalam bentuk buah-buahan dan air masak. Dengan cara ini, ketika tidur, makanan sahur telah dicerna dan mengelakkan daripada terjadinya refluks. Selesai sembahyang subuh, jika memang sangat mengantuk, orang yang berpuasa digalakkan tidur sebelum menjalankan rutin harian.

loading...
Bahaya tidur selepas sahur yang sungguh mengejutkan Bahaya tidur selepas sahur yang sungguh mengejutkan Reviewed by Nur Fadah on 7:15 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.