facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

20 Sunnah Rasulullah SAW Yang Langsung Kita Tak Ambil Tahu Sebelum Ini

Sunnah Rasulullah SAW Yang Patut Kita Amalkan


1. Makan Garam

Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.


2. Minum Guna Tangan Kanan

Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.



3. Langkah Kanan

Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. 
Masuk rumah kaki kanan, keluar kaki kiri. 
Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.



4. Makan Menggunakan Tiga Jari

Nabi s.a.w makan kurma dengan menggunakan tiga jari iaitu jari ibu, telunjuk, dan tengah. Sekiranya, susah bolehlah makan dengan tiga suapan pertama ikut sunnah.
5. Gunting Bulu

Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbual disitu.



6. Jangan Bersiul

Jangan bersiul kerana sewaktu iblis dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul menghiburkan iblis.


 
7. Adab Masuk Dan Keluar Tandas

Hendaklah membaca doa, kemudian masuk tandas dengan kaki kiri. pakai tutup kepala. 
Keluar kaki kanan, baca doa keluar tandas.
Gunakan alas kaki.



8. Ambil Wudhu' sebelum Tidur

Gosok gigi dan ambil wudhu' sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.



9. Pakai Cincin Perak 

Pakai cincin perak di jari kelingking kanan atau kiri.
Akan mendapat pahala sunnah berterusan selama memakainya.



10. Jangan Buang Air Menghadap Kiblat Ketika Buang Air

Jangan buang air menghadap atau membelakangi kiblat. Dibolehkan apabila dalam bangunan, itupun jika terpaksa.




11. Menguap

Menguap adalah dari syaitan. Tahanlah kamu dari menguap. 
Tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut. 



12. Menyimpan Janggut

Memotong misai dan menyimpan janggut lebih afdhal dengan jambang sekali. 
Mendapat pahala jika amal secara berterusan selama menyimpannya. 


13. Posisi Tidur

Posisi tidur yang dianjurkan oleh Rasulullah saw ialah mengereng ke atas rusuk kanan, muka dan badan menghadap ke kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.



14. Beri Makan Anak-Anak Yatim

Rasulullah saw suka memberi makan anak yatim.
Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.


 15. Kongsi Makanan

Jangan kedekut brkongsi makanan.
Nabi saw suka makanan yang banyak tangan memakannya.


16. Pemberian Yang Tidak Boleh Ditolak

Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu


 17. Makan Dengan Orang Miskin

Rasulullah saw suka memberi makan atau makan bersama orang miskin.
Jika kita makan bersama orang miskin,hendaklah kita dahulukan mereka.


\
18. Makanan Panas

Rasulullah saw melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk dahulu hingga mudah untuk dimakan.



19. Giliran Minum

Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang di sebelah kanan.


 
20. Jangan Tidur Meniarap

Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah swt.

p/s: Sebarkan supaya lebih ramai lagi yang mengamalkan sunnah. Jom amal sunnah Nabi saw!

loading...
20 Sunnah Rasulullah SAW Yang Langsung Kita Tak Ambil Tahu Sebelum Ini 20 Sunnah Rasulullah SAW Yang Langsung Kita Tak Ambil Tahu Sebelum Ini Reviewed by Unknown on 6:22 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.