Suami MERAJUK Bila Tahu KISAH SILAM Saya. Jangan TERKEJUT Apa Yang Jadi Selepas 6 Bulan !!!
Suami MERAJUK Bila Tahu KISAH SILAM Saya. Jangan TERKEJUT Apa Yang Jadi Selepas 6 Bulan !!! | Kata orang, lelaki baik untuk wanita yang baik, begitu juga sebaliknya. Tiada manusia yang terlepas daripada melakukan dosa. Selagi masih bernyawa dan diizinkan Allah, selagi itu pintu taubat masih terbuka. Ini kisah wanita yang pernah terlanjur dengan bekas kekasih selama beberapa kali. Kemudiannya dijodohkan dengan pilihan keluarga. Bakal suami pula bertanyakan tentang status daranya. Apakah kesudahan hubungan mereka, bahagia atau derita? Ikuti kisah benar yang sangat menyayat hati ini.
Saya nak share kisah hidup yang sudah hampir setahun saya pendamkan. Harap dapat siarkan tanpa mendedahkan identiti saya. Dulu, habis sekolah saya bercinta dengan rakan sekolah selama 6 tahun. Saya jahil sangat sampai terlanjur beberapa kali. Sehinggalah hujung tahun 2014, kami putus kerana dia sudah ada perempuan lain. Berkali-kali saya cuba memujuknya, tetapi dia tetap tidak mahu kembali bersama kerana dia sudah jumpa perempuan yang benar-benar sesuai dengan dia. Habis, saya ini apa? Sedih hati saya diperlakukan seperti itu.
Saya berputus asa, tetapi saya tidak dapat menerima hakikat sampai saya pernah menjadi seperti mayat hidup. Bayangkan berat 52kg jadi 40kg dan saya kerap sakit sebab saya hanya tidur 24 jam. Mak saya yang tengok saya pada masa itu pun sudah berputus asa dengan sikap saya.
Selepas malam raya itu, dia bertanya sesuatu yang membuatkan saya tidak boleh berlaku jujur. “Awak pernah tidur dengan mana-mana lelaki?” Saya tak boleh jawab sebab itu aib saya. Saya hanya kata pada dia, “Awak tak perlu tahu. Kalau awak ikhlas mahu menjadikan saya sebagai isteri awak, tak perlu awak tanya saya soalan ini.” Dia minta saya jawab dengan jujur tetapi saya tetap tidak mahu menjawab soalan itu dan hanya mendiamkan diri. Oleh disebabkan itu, dia mendiamkan diri selama 2 minggu. Lagi seminggu nak berkahwin, dia menghubungi saya dan ajak pergi spa. Masa keluar bersama, dia dah tak tanya pun tentang hal itu lagi. Saya dah mengelabah sangat sebab lagi seminggu lebih saja kami akan berkahwin. Masa itu macam-macam jamu yang saya telan.
19 September kami sah bergelar suami isteri. Masa itu banyak kali saya mengelakkan diri dekat dengan dia. Saya beri alasan tidur di rumah mak sebab tak sihat. Dia pun terpaksa akur. Hari keempat barulah saya dengan dia duduk bersama. Itu pun kerana kami pergi honeymoon. Malam itu saya tahu dia kecewa sangat dengan saya tetapi sebab dia mahu menjaga hati saya, selama 4 hari honeymoon itu dia melayan saya dengan begitu baik sekali.
Selepas habis honeymoon, dia menghilangkan diri, tak balik rumah. Hari pertama dan kedua dia tak balik rumah, saya langsung tidak menghubunginya. Saya kahwin tanpa ada perasaan pada dia. Jadi saya tak terfikir apa pun. Sehinggalah hari yang ketiga saya cuba menghubunginya dan sms tetapi tidak dijawab. Handphonenya dimatikan. Sehinggalah genap seminggu, panggilan tidak dijawab, WhatsApp yang saya hantar bluetick pada jam 4 pagi. Jadi jam 3 pagi saya memberanikan diri pergi ke rumah mak mertua jika dia tidur di sana. Namun kereta dia pun tiada. Hati saya kuat mengatakan yang dia marah tentang malam pertama kami.
Tetapi itu semua kenangan saya dengan dia selama 6 bulan berkahwin. Dia terlibat dalam kemalangan dan meninggal semasa dalam perjalanan pergi ke hospital. Rahangnya pecah. Dan yang paling menyedihkan saya ialah, saya tidak sempat memberitahu dia yang saya mengandung. Kini baby saya sudah dua bulan. Sedih sampai tak tahu nak kata apa. Sekarang saya tinggal di rumah mertua. Mereka baik, jaga saya walaupun saya bukan lagi menantu mereka. Dikala Allah menarik orang yang baru saya ingin cintai bersungguh-sungguh, Allah gantikan dengan seseorang. Mohd Taufiq Hidayat, semoga abang menjadi anak soleh buat mama, jadilah insan seperti papa. Jujur hati saya sangat merindui dia yang banyak memberi perubahan dalam hidup saya walaupun dalam masa yang singkat. Sumber: KRT
loading...
Suami MERAJUK Bila Tahu KISAH SILAM Saya. Jangan TERKEJUT Apa Yang Jadi Selepas 6 Bulan !!!
Reviewed by Unknown
on
4:13 PM
Rating:
No comments: