Sangkakan Member Buat “TTTUUUTTTT....” Dalam Bilik, Terkedu Juga Aku Melihatnya...... !!!
Aku rasa pengalaman aku patut dikongsikan dengan korang jugak. Aku menyewa rumah bersama beberapa kawan se-universiti. Rumah tu ada 3 bilik. Kami kongsi 6 orang. Aku dengan Ameng guna bilik tepi dapur. Din dengan Wan pakai bilik tepi toilet. Wak dengan Izam pakai master bedroom.
Asalnya Master bedroom tu share 3 orang, tapi lepas idi masuk kolej university, mereka pakai 2 orang jer. Time idi keluar tu dah tengah semester. Memang susahlah nak cari penyewa ganti. Dalam Rumah tu, Aku sorang jer budak law. Ameng dengan Izam budak Accounting. Din, Wak dengan Wan pulak budak seni. Sekali tu aku yang kena kacau. Memang kecut perut jugaklah.
Time tu dah hujung semester. Final exam dah nak habis. Din, Wak dengan Wan dah balik sebab paper dah habis. Aku ada 2 paper lagi. Ameng dengan Izam ada 1 paper lagi. Hari khamis, Ameng dengan Izam last paper pagi tu. Aku pulak paper petang pukul 2. Izam dah cakap bas dia petang maybe tak sempat jumpa aku. Ameng pulak cakap nak stay 2, 3 hari lagi sebab malas nak balik awal dan dah janji dengan awek dia. BTW, Ameng tu cina. Aku lupa nak cakap. Kami serumah ni takde lah alim. Semua islam kecuali Ameng tapi semua tak solat. Dan aku tahu Din, Wak, Izam semua budak Weed. So yang alim sikit pon Wan. Dia solat jugak sikit-sikit.
Back to the point, lepas exam aku balik rumah ada Ameng jer. Yang lain dah balik. Sebab frust tak boleh jawab last paper, memang first thing aku buat adalah tidur. Letih jer stay up malam study tapi last last tak boleh jugak jawab. Duh. Bangun tu dalam pukul 8. Ameng tanya aku, “nak keluar ke?”. Aku dan janji dengan budak kelas aku nak copy movie buat bekal balik kampung. Takdelah aku hauk sendu jer dekat rumah nanti. Ameng cakap dia tak keluar sebab awek dia nak datang rumah. Dia suruh aku balik lambat sebab dia ada “projek” nak settle dengan awek dia. Kurang asam punya jantan. Kerja menyundal aje. Patutla habis paper tak nak balik rumah. Aku tanya dia nak suruh aku balik pukul berapa? Dia cakap, “balik la lambat sikit. Dalam pukul 10 esok ke…”. Pu****k punya kawan.
Malam tu aku balik jugak rumah tapi lewat lah jugak. Dalam pukul 2 lebih sebab classmate ajak lepak mamak. Kejadah dia aku tido luar si Ameng menyedap dekat rumah. Aku masuk rumah, lampu semua terpasang. Sampai depan bilik aku share dengan Ameng, aku try la bukak. Tapi pintu tu berkunci. Bilik kami tu ada selak pintu. So memang tak boleh bukak pakai kunci. Aku ketuk pintu tak bersahut. Last last aku call Ameng. Tak sempat angkat call Ameng dah bukak pintu dengan senyum badak dia. Tersengih jer. Dia tanya, “tido bilik aku ke?”. Punya lah sedap dia cakap tu bilik dia. Aku pon tengok lah dalam bilik. Bau, Mak aih wangi. Tido mandi perfume sebaldi ke ape. Aku pon sound la Ameng, “kau agak-agak la nak projek, bukak la kipas sikit. Panas. Lemas aku bau perfume kau”.
Time tu bunyi perempuan gelak. Mak ai memang aku terkejut beruk. Celaka si Ameng projek tak habis. Time tu aku tak nampak perempuan tu. Sebab antara katil aku dengan Ameng ada 2 loker yang act as a wall between katil aku dengan katil Ameng. Tuan rumah cakap sebab nak bagi privasi tu yang dia susun perabut macam tu. Aku intai balik locker, nampak kaki jer dalam selimut. Ameng tu sengih jer sambil tolak aku keluar. Aku ambik tuala terus blah tido bilik Wak. Dalam bilik Wak ada bilik mandi. Aku mandi situ jer. Masa mandi aku rasa tak tenang. Sebab rasa macam ada orang bernafas dekat telinga aku. Terus aku tutup pili air.
Time tu punya lah husnudzon aku fikir tu side effect sebab pernah pecah gegendang telinga. Aku pinjam kain pelikat dengan T-Shirt Izam sebab malu nak ketuk bilik Ameng. Time tido katil Wak tu aku start bau benda hanyir. Bau dia macam isi perut ikan yang kau lupa nak buang 3-4 hari. Makin lama makin busuk. Aku keluar ke dapur tengok kot-kot ada sampah tak buang. Keluar bilik aku nampak budak kecik duduk mencangkung bawah singki. Muka dia pucat duk selongkar bakul sampah. Bila aku pusing nak lari. Dia pandang aku. Dia tengah gigit tulang ayam yang aku tak tahu bila ada dalam bakul sampah tu. Time tu memang Ya Allah Aku takut. Aku ambik lari ambik kunci kereta tepi TV, terus blah. Time tu drive dalam keadaan panic. Aku tak tahun nak pergi mana.
Last last aku berhenti dekat 7Eleven. Aku call Ameng nak suruh dia keluar rumah. Aku call Ameng 2-3 kali baru dia angkat. Aku suruh dia keluar rumah. Dia mamai tido duk tanya kenapa. Aku punya lah takut. Aku paksa jugak dia keluar rumah. Dia cakap, buat apa dia nak keluar. Bukannya dia ada kat rumah pon. Time tu aku ingat dia bergurau. Rupanya, memang dia tak ada dekat rumah. Duduk rumah kawan stay sebab lawan Dota. Aku duduk dekat 7E tu sampai ke cerah. Sampai Ameng datang jumpa aku dekat sana. Aku tanya dia, “bukan ke kata nak projek dekat rumah?”. Dia cakap tayar kereta awek dia pancit. Projek tunda malam lain. Siot punya kawan. Bila aku bukak cerita, dia gelak jer. Macam aku tak tahu dia pun kecut.
Disebabkan dia pon penakut dan aku pon yang dah nak terkencing dalam seluar, dia call kawan-kawan dia ajak datang rumah. Kami berempat balik ke rumah itu. Rumah tu aku tinggal dengan keadaan pintu terbuka semalam, tak kunci. Bila masuk, rumah okay jer. Tapi yang peliknya, bilik aku jer yang bau wangi. Bau dia sebijik macam perfume Ameng yang aku bau malam tu. Aku dengan Ameng kemas barang tumpang tido rumah kawan. Sampai sekarang aku tak tahu sapa lelaki dan perempuan dalam bilik Aku dengan Ameng. Lepas 2-3 minggu ada dengar cerita yang ada jiran kami yang berubat buang saka.
Aku rasa mungkin yang kacau aku tu dia punya “kawan”. Kami tak pindah rumah pon. Masih lagi duduk rumah tu. Cuma aku pindah duduk master bedroom. Mintak Wak tido bilik aku dengan Wan. Lepas tu kami buat majlis baca yaassin dengan solat hajat. Setakat ni takde gangguan lagi. Jiran aku yang dikatakan buang saka tu pun dah meninggal. Moral dia, aku tahu yang aku tak boleh pandang remeh pasal agama.-Fiksyen Shasha
loading...
Sangkakan Member Buat “TTTUUUTTTT....” Dalam Bilik, Terkedu Juga Aku Melihatnya...... !!!
Reviewed by Unknown
on
10:30 AM
Rating:
No comments: