Jin masuk dalam tubuh manusia melalui laluan darah
Diriwayatkan daripada Sofiah binti Huyai ra berkata: Pada suatu malam ketika Nabi saw sedang beriktikaf aku datang menghampiri baginda. Setelah puas berbincang-bincang dengan baginda, akupun berdiri untuk pulang. Rasulullah s.a.w ikut berdiri untuk menghantarku. Tempat tinggal Sofiah adalah di rumah Usamah bin Zaid. Tiba-tiba datang dua orang Ansar. Ketika mereka melihat Nabi saw mereka mempercepatkan langkahnya. Lalu Nabi saw bersabda: "Perlahankanlah langkahmu. Sesungguhnya ini adalah Sofiah binti Huyai. "
Kedua-dua orang ansor itu berkata, "Maha suci Allah, wahai Rasulullah." Lalu Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia Sebenarnya aku risau ada tuduhan buruk atau yang tidak baik dalam hati kamu berdua," (Riwayat Bukhari di dalam kitab I'tikaf hadis nombor 1894, 1897, 1898. - Etika hadis nombor 5751.
/ Riwayat Muslim di dalam Kitab Salam hadis nombor 4041.
/ Riwayat Abu Daud di dalam Kitab Etika hadis nombor 4342.
4. Riwayat Ibnu Majah di dalam Kitab Puasa hadis nombor 1769).
Jin boleh keluar masuk dalam tubuh kita dengan sekehendak hati mereka. Mereka boleh tinggal di mana saja dalam jaringan urat darah kita yang mereka kehendaki, padahal kita tidak pernah merasakan kehadiran mereka.
Barangkali kita semua memang harus diruqyah, supaya jin yang tinggal dalam urat darah kita itu tidak mampu menyekat aqidah Islamiyah kita, sehingga kita terhindar dari perbuatan syirik dan bid'ah, tidak terkecuali orang-orang yang ahli meruqyah?
Jin mempunyai keupayaan untuk masuk ke pembuluh darah yang mempunyai sifat seperti sentruman yang dapat mengalir ke tubuh. Jin juga boleh membisik-bisik, menghasut, dan membakar hati manusia supaya menuruti hawa nafsunya. Jin menyusup melalui peredaran darah untuk mengganggu mekanisme tubuh dan jin menguasai frekuensi gelombang otak untuk mempengaruhi sistem saraf yang berkaitan dengan fikiran, emosi, dan gerakan.
Jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak. Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.
Kesimpulannya, jika benar jin berjasad halus seperti udara, maka tidak mustahil bagi jin untuk masuk ke tubuh manusia seperti udara dan nafas keluar-masuk tubuh manusa. Ia masuk ke tubuh manusia seperti wang dimasukkan ke dalam sampul surat.
Al-Qadhi Abdul Jabbar al-Hamadzani berkata: "jika benar kesimpulan kami bahawa jin berjasad halus seperti udara, maka tidak mustahil baginya untuk masuk ke tubuh manusia sebagaimana udara dan nafas keluar masuk ke tubuh manusia. Hal ini tidak mengakibatkan bertumpuknya beberapa subtansi dalam satu wadah kerana hal tersebut tidak akan bertemu kecuali dengan cara beriringan, bukan dengan cara menyatu. Ia masuk ke tubuh manusia seperti wang masuk ke dalam sampul surat.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos
loading...
Jin masuk dalam tubuh manusia melalui laluan darah
Reviewed by Unknown
on
2:09 AM
Rating:
No comments: