facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Pegang al-Quran tanpa wudhu“Tidaklah boleh menyentuhnya melainkan makhluk yang disucikan.” (Surah al-Waqiah, ayat 77)



Isu ini adalah isu khilaf. Khilaf tentang beberapa hadis dan ayat Al-Quran yang ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran. Contoh firman Allah di dalam Al Quran bermaksud;
“Tidaklah boleh menyentuhnya melainkan makhluk yang disucikan.” (Surah al-Waqiah, ayat 77)
Pendapat pertama memahami maksud dari ayat ini ialah tidak boleh menyentuhnya melainkan orang yang bersuci dan mempunyai wuduk. Tetapi sebenarnya tafsiran ini tidak tepat kerana tafsiran para sahabat Nabi di dalam surah Al-Waqiah iaitu di dalam tafsir-tafsir  yang muktabar seperti  Tafsir At-Tobari, Tafsir Ibn Ibn Kathir dan sebagainya menyebut yang diertikan dengan al mutahharun adalah yang disucikan itu merujuk kepada para malaikat. Ini kerana kitab itu berada di loh mahfuz.
Isu tentang hadis Nabi, apabila kata Nabi S.A W sabdanya;
“Tidak boleh menyentuh Al-Quran itu orang yang dalam keadaan haid ataupun dalam keadaan yang berjunub.” (riwayat Ibn Hibban)
Hadis ini dikritik oleh sebahagian daripada ahli ilmu tentang kedudukan dan kesahihannya. Ada di antara mereka berkata boleh beramal dan ada yang berkata tidak boleh beramal dengannya. Perselisihan ini berlaku di kalangan ulama ahli sunnah yang disebut sebagai khilaf.
Jika ada yang menyatakan hadis ini benar dan boleh diterima pakai, hasankedudukannya, maka sentuh al-Quran dalam keadaan tidak berwuduk adalah haram. Manakala sesiapa yang menyatakan hadis ini lemah, maka dia akan menyatakan menyentuh al-Quran dalam keadaan tidak berwuduk adalah harus. Mereka menggunakan dalil-dalil yang lain contohnya Al-Quran dibukukan bukan di zaman Nabi S.A.W. Nabi S.A.W menulis Al Quran itu di dalam keadaan ceraian-ceraian. Antara tempat-tempat yang  beliau tulis seperti di atas pelepah tamar, di atas tulang, di atas batu, di atas pokok kayu dan sebagainya.
Di mana ianya dilakukan dalam keadaan terpisah dan tidak dibukukan. Pembukuan Al-Quran bermula pada zaman Abu Bakar, apabila Umar bin Khatab r.a mencadangkan kepada Abu Bakar. Disusuli dengan Othman bin Arfan dan seterusnya. Jadi bagaimana dikatakan menyentuh Al Quran tidak boleh seperti yang diperkatakan tadi.
Jadi ini adalah isu yang diperdebatkan dan diperbahaskan secara ilmiah. Cuma apabila kita berhadapan dengan perselisihan seperti ini, ianya dinamakan khilaf bahawa masing-masing mempunyai dalil tetapi cara fahaman sahaja yang berbeza. Tetapi masing-masing masih lagi mempunyai disiplin-disiplin dalam berhujah.Adakaedah-kaedah yang mereka gariskan.
Jika kita mengambil sikap untuk keluar daripada khilaf. Maksud keluar daripada khilaf iaitu kita tidak mahu apabila kita buat ada orang komen.
Jadi mudahnya jika kita tiada air sembahyang, tidak perlu menyentuh Al Quran ataupun jika kita ingin berpendapat menyentuh Al Quran adalah dibenarkan seperti saya. Saya lebih cenderung dengan pendapat bahawa menyentuh Al Quran adalah harus samada dalam keadaan berwuduk atau tidak berwuduk. Tetapi bukan menjadi satu sebab untuk saya menunjuk atau memberitahu bahawa saya pegang Al Quran tanpa wuduk. Ini akan membawa kita menyentuh sensitiviti dan sentimen awam iaitu orang-orang yang mungkin tidak memahami perbincangan ilmiah isu ini. Ini adalah isu khilaf dan para ahli ilmu saling menghormati antara satu dengan yang lain.
Jadi untuk kita mengambil langkah yang selamat, sebelum menyentuh Al Quran kita perlu mengambil wuduk terlebih dahulu. Bererti di sini kita keluar daripada kekhilafan, kata Nabi di dalam hadis sabdanya,


loading...
Pegang al-Quran tanpa wudhu“Tidaklah boleh menyentuhnya melainkan makhluk yang disucikan.” (Surah al-Waqiah, ayat 77) Pegang al-Quran tanpa wudhu“Tidaklah boleh menyentuhnya melainkan makhluk yang disucikan.” (Surah al-Waqiah, ayat 77) Reviewed by Unknown on 6:12 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.