facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

WAHAI ORANG TUA... JANGAN HARAP KAMU BOLEH MASUK SYURGA...!!!



Orang Tua Tak Masuk Syurga

WAHAI ORANG TUA... JANGAN HARAP KAMU BOLEH MASUK SYURGA...!!!

Setiap muslim pastinya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi lagi abadi iaitu Syurga, serta jauh dari penderitaan akhirat iaitu neraka. Di Syurga terdapat berbagai macam kenikmatan yang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan terdetik di hati.

Pernah pada suatu ketika, seorang wanita tua bertanya kepada baginda," Ya Rasulullah, berdoalah kepada Allah s.w.t supaya aku dapat masuk syurga.

Lalu baginda bersabda," Orang-orang tua tidak masuk syurga".

Maka, wanita tua itu menangis. Melihatkan wajahnya yang sedih dan sugul itu, Rasulullah s.a.w senyum dan menyambung," Kamu tidak tua pada hari itu" (Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa seseorang memasuk syurga, dia tidak akan memasukinya dalam keadaan tua, tetapi dalam keadaan muda dan cantik)

Mendengarkan penjelasan baginda itu, wanita tua tadi kembali menguntum senyuman.

Allah telah berfirman yang bermaksud;

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara, yang menyenangkan dan sebaya(yang tidak pernah disentuh). Yang tetap mencintai jodohnya, serta sebaya umurnya."
(Surah al-Waqiah: Ayat 35-37)

Nabi Muhammad s.a.w sangat terkenal dengan keperibadian yang mulia. Baginda sangat dihormati dan disayangi oleh orang-orang muda, belia dan juga warga emas. Keperibadian baginda yang mulia serta budi pekerti yang tinggi menjadikan Rasulullah senang didampingi oleh sesiapapun.

Baginda suka berjenaka dan menyenangkan hati orang-orang tua. 

Jelas bahawa bergurau dan berjenaka adalah fitrah bagi manusia termasuk baginda sediri. Selagi ia tidak mengaibkan dan menyakiti hati orang lain.


loading...
WAHAI ORANG TUA... JANGAN HARAP KAMU BOLEH MASUK SYURGA...!!! WAHAI ORANG TUA... JANGAN HARAP KAMU BOLEH MASUK SYURGA...!!! Reviewed by Unknown on 1:58 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.