facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Hati-hati Jika Anda Membeli-belah Di Minimarket Menggunakan Kad Debit. Ikuti Luahan Rasa Dari Pengalaman Lelaki Ini.


Hati-hati ketika membeli-belah di minimarket menggunakan kad debit. Ini kerana, seorang lelaki hampir saja menjadi korban penipuan ketika membeli-belah di minimarket dengan menggunakan kad tersebut.



"Ketika membeli-belah di suatu minimarket, kami dilayani oleh juruwang yg berpenampilan manis & dengan pakaian serba tertutup. Ini mengesahkan dia seorang yg sangat religius. Pertama kami pakai kad debit BCA, namun gagal. Kemudian kami ganti pakai kad kredit BCA. Setelah melihat resit bayaran, kami terus menanyakan apa maksud dari AMBIL TUNAI RM62. Juruwang menjawab bahawa itu hanya salah picit saja dan tiada transaksi tunai," demikian dipetik dari akaun Lee Sang Hok.

Tapi, dia tidak percaya, dan pergi memeriksa ke ATM. Ternyata memang ada pengeluaran yang berjumlah RM62 dari kad debitnya. Dia tahu juruwang sempat melakukan pembayaran kad kredit.

"Selepas itu, kami kembali ke juruwang dan mengatakan bahawa benar-benar ada potongan RM62 dan minta juruwang mengembalikan kepada kami RM62 untuk AMBIL TUNAI. Juruwang dengan wajah tanpa dosa memohon maaf kerana keliru dan memberikan kami RM62."

Lee berharap agar kejadian ini tidak menimpa orang lain lagi. Dan dia juga berharap agar orang ramai lebih teliti ketika membeli-belah di minimarket menggunakan kad debit.
loading...
Hati-hati Jika Anda Membeli-belah Di Minimarket Menggunakan Kad Debit. Ikuti Luahan Rasa Dari Pengalaman Lelaki Ini. Hati-hati Jika Anda Membeli-belah Di Minimarket Menggunakan Kad Debit. Ikuti Luahan Rasa Dari Pengalaman Lelaki Ini. Reviewed by Nur Fadah on 9:14 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.