facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

RUPA-RUPANYA SELAMA 20 Tahun Kita Kena Tipu Dengan Teknik-teknik Rawatan Resdung Ini... MESTI KORANG PUN TERKEJUT JUGA


Adakah resdung boleh diubati dgn menghidu asap ataupun habuk kayu???

Banyak pusat rawatan resdung diluar sana yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Menggunakan pelbagai kaedah untuk merawat resdung ataupun dalam istilah perubatannya dipanggil sebagai Allergic Rhinitis.

Ada yang menggunakan asap yang perlu disedut oleh pesakit. Ada pula yang menggunakan kertas yg digulung dan dibakar pada hujungnya supaya hujung yang satu lagi boleh menyedut resdung drpd muka. Tidak lupa juga ada yang menggunakan habuk kayu yang perlu disedut oleh pesakit. Kesemua cara-cara ini dikatakan mampu mengubati resdung. Tapi benarkah perkara ini benar2 membantu?

1. Menyedut habuk ataupun asap untuk merawat resdung.

Mereka yang ingin membuat rawatan ini perlu menyedut habuk ataupun asap yang diberikan kepada pesakit. Selepas itu, pesakit tersebut akan mengeluarkan hingus yang banyak drpd hidung.

Hingus yang banyak ini dikatakan hingus ataupun cecair yang terperangkap dirongga muka. Cecair inilah yang menyebabkan resdung berlaku kata perawat resdung.

Saya ingin menjelaskan cecair yang terhasil selepas menyedut asap ataupun habuk kayu itu bukanlah berasal drpd cecair yang terperangkap dalam rongga muka. Ianya merupakan cecair ataupun mucous yang terhasil akibat tindak balas lapisan hidung kepada bendasing yang disedut.

Pernah tak kita bersin2 dan mempunyai selsema selepas mengemas rumah yang banyak habuk? Sudah tentu pernah bukan. Ianya merupakan tindak balas normal saluran pernafasan hidung kita untuk mengelakkan bendasing iaitu habuk masuk ke dalam paru2. Sebab itu saluran hidung menghasilkan hingus(mucous) yang banyak. Inikan pula apabila serbuk kayu dan juga asap yg tebal dihidu pada saluran tersebut.

Ingin saya memberitahu yang menghidu asap boleh merosakkan paru-paru seperti mana penghisap rokok. Manakala menghidu serbuk kayu pula boleh menyebabkan serbuk kayu itu tertinggal di dalam saluran hidung dan boleh menyebabkan keradangan yang chronic. Sebab itu saya nasihatkan supaya mengelakkan cara rawatan yang tidak diketahui keberkesanannya dan komplikasi yang mungkin dihadapi.

2. Menggunakan kertas yang digulung dan dibakar utk menyedut resdung

Saya teringat waktu saya masih lagi bersekolah, ada ahli keluarga saya yang cuba melakukan cara ini.

Cara untuk menghasilkan kertas tersebut adalah dgn menggunakan kertas yang berwarna putih dan digeserkan lilin pada bahagian atasnya. Selepas itu, kertas itu digulung dan pastikan bahagian dalamnya merupakan bahagian yang telah digeserkan dgn lilin. Selepas itu, satu hujung diletakkan pada bahagian muka pesakit dan satu hujungnya lagi dibakar. Apabila kertas itu sudah terbakar separuh, alihkan kertas itu dan padamkan api. Akan nampak pada bahagian muka yang diletakkan kertas tadi tu mempunyai beberapa ketulan yang dikatakan sebagai punca resdung.

Saya ingin menjelaskan bahawa ketulan yang terhasil itu merupakan lilin yang telah mencair drpd kertas itu dan jatuh kebawah. Sebab itu bila saya cuba pada permukaan simen dan juga besi, kedua-duanya menunjukkan keputusan yang sama. Ketulan yang sama terhasil drpd prosedur yang dibuat. Sama sahaja jika dibuat pada muka.

Kesimpulan yang saya boleh buat adalah cara2 rawatan tersebut tidak dapat dibuktikan menyembuhkan penyakit resdung malah mungkin boleh memburukkan keadaan pesakit.

Sumber : Root of Medicine
loading...
RUPA-RUPANYA SELAMA 20 Tahun Kita Kena Tipu Dengan Teknik-teknik Rawatan Resdung Ini... MESTI KORANG PUN TERKEJUT JUGA RUPA-RUPANYA SELAMA 20 Tahun Kita Kena Tipu Dengan Teknik-teknik Rawatan Resdung Ini... MESTI KORANG PUN TERKEJUT JUGA Reviewed by Unknown on 2:53 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.