facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

[Video Trending ] - Tiga Kanak-Kanak Nyaris Maut Digilis Kereta


[Video] Tiga Kanak-Kanak Nyaris Maut Digilis Kereta


BEIJING 21 Sept: Rakaman litar tertutup (CCTV) selama 33 saat merakam detik cemas apabila tiga kanak-kanak di China digilis sebuah kereta ketika sedang bermain di tengah-tengah jalan raya, dalam kejadian yang berlaku di Shenzhen, pada 17 September lalu,#

Rakaman CCTV pada awalnya menunjukkan tiga kanak-kanak terbabit sedang duduk di tengah-tengah jalan sebelum dihampiri sebuah kereta berwarna putih yang baru keluar dari simpang dipandu oleh seorang wanita, dan kelihatan kanka-kanak itu tidak menyedari kehadiran kereta terbabit.#

Pemandu wanita yang tidak mengetahui akan kehadiran kanak-kanak itu, terus menekan minyak, menyebabkan ketiga-tiga budak lelaki malang tersebut, dua daripadanya dipercayai berusia lima tahun dan seorang lagi berusia enam tahun, terperosok masuk ke bawah kereta.#
Menerusi rakaman CCTV itu, jelas kelihatan tangan seorang daripada kanak-kanak itu digilis tayar kereta sebelum pemandu wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Zeng menghentikan keretanya.#
Kesemua kanak-kanak itu terselamat walaupun mengalami kecederaan patah tulang dan luka calar, menurut laporan portal People's Daily Online.#
Zeng kemudiannya ditahan pihak polis untuk ujian alkohol tetapi dia didapati tidak mabuk dalam kejadian itu dan siasatan ke atas kes itu masih dijalankan tetapi tidak dapat dipastikan sama ada Zeng akan didakwa atas kejadian tersebut.#
Namun ramai pengguna laman sosial percaya Zeng menggunakan telefon ketika memandu menyebabkan dia tidak perasan ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan.#
loading...
[Video Trending ] - Tiga Kanak-Kanak Nyaris Maut Digilis Kereta [Video Trending ] - Tiga Kanak-Kanak Nyaris Maut Digilis Kereta Reviewed by Unknown on 2:43 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.