facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Pelajar maut terjatuh dari bumbung pusat beli belah


IPOH, PERAK - Seorang pelajar tingkatan lima, maut dipercayai terjatuh dari bumbung sebuah pusat beli-belah yang terletak berhadapan dengan sekolahnya, hari ini, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berpakaian sekolah terjatuh bersama beg sekolahnya. 

"Mangsa dipercayai keluar dari rumah untuk ke sekolah, tetapi pergi ke pusat beli belah dan naik ke bahagian bumbung bangunan," katanya. 
Siasatan yang dijalankan terhadap mangsa, tidak mendapati sebarang kesan lebam dan tiada saksi yang melihat kejadian itu. 


"Siasatan melalui pihak sekolah tidak memperoleh sebarang maklumat. Ibu dan bapa mangsa juga telah berpisah, namun masih berhubung dan mereka mengatakan mangsa tidak menghadapi sebarang masalah," katanya. 

Sum berkata, polis telah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pusat beli belah tersebut untuk membantu siasatan. - The Reporter
loading...
Pelajar maut terjatuh dari bumbung pusat beli belah Pelajar maut terjatuh dari bumbung pusat beli belah Reviewed by Unknown on 11:05 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.