facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Pemuda HILANG 6 Hari Semasa Mendaki Broga DEDAH Cerita SEBENAR Semasa Sesat Yang Buat Ramai PELIK !!!

Pemuda HILANG 6 Hari Semasa Mendaki Broga DEDAH Cerita SEBENAR Semasa Sesat Yang Buat Ramai PELIK !!!| SHAH ALAM – Pemuda yang dijumpai selamat selepas enam hari hilang ketika mendaki Bukit Broga mendedahkan pengalamannya sepanjang tersesat. Mohd Azarul Mukriz Abdul Rahman, 21, yang ditemui selamat hari ini berkata, sepanjang tempoh dia tersesat, dia telah berusaha untuk mencari jalan keluar namun buntu, apabila usahanya tidak berhasil.


“Saya ingat baru tiga hari di sini (Bukit Broga). Puas saya pusing balik-balik jumpa tempat sama,” katanya.
Mohd Azarul berkata demikian kepada seorang daripada ahli kumpulan SAR, Khairul Nizam Omar, 28, di lokasi dia ditemui, petik laporan media tempatan.
Terdahulu, Mohd Azrul ditemui selamat kira-kira jam 11:30 pagi tadi.
Mohd Azrul dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Broga, kira-kira 6 petang, Ahad, 22 Januari lalu.
Dilaporkan turut bersamanya adalah enam individu termasuk dua kanak-kanak dikatakan mendaki bukit berkenaan sebelum dia dilaporkan hilang.
Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mangsa, Mohd Azarul Mukhris Abd Rahman,21, ditemui dalam keadaan selamat kira-kira jam 11.30 pagi oleh sukarelawan pendaki.
Dalam perkembangan sama, Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz meluahkan rasa bersyukur kerana mangsa telah dijumpai.
“Terima kasih atas doa dan usaha daripada semua pihak, sesungguhnya ujian ini menyatukan kita semua, tahniah kepada semua yang bersama-sama dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa selama seminggu.
“Semoga ALLAH SWT menyatukan hati kita dalam apa juga keadaan,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Mohd Azarul bersama enam individu termasuk dua kanak-kanak dikatakan mendaki bukit berkenaan sebelum dia dilaporkan hilang. Sumber:-SinarHarian
loading...
Pemuda HILANG 6 Hari Semasa Mendaki Broga DEDAH Cerita SEBENAR Semasa Sesat Yang Buat Ramai PELIK !!! Pemuda HILANG 6 Hari Semasa Mendaki Broga DEDAH Cerita SEBENAR Semasa Sesat Yang Buat Ramai PELIK !!! Reviewed by Nur Fadah on 2:45 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.