Home
Unlabelled
Anak KETAGIH Baca Quran. Ini Tindakan MENGEJUTKAN Mak Dia Buat Ramai SUKA !!!
Anak KETAGIH Baca Quran. Ini Tindakan MENGEJUTKAN Mak Dia Buat Ramai SUKA !!!
Walaupun zaman teknologi semakin canggih, masih ramai ibu yang berkesedaran untuk memupuk pendidikan Al-Quran sedari awal. Tidak dinafikan, ianya adalah asas yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Perkongsian penuh inspirasi kali ini adalah daripada Puan Siti Aminah Sulaiman yang menceritakan pengalamannya sendiri mempraktikkan cara hafal Quran kepada anak di samping menanamkan cinta terhadap ayat-ayat suci tersebut.
Sehingga kini, anak lelaki beliau, Muizzudin, yang baru berusia 7 tahun, telahpun menghafal lebih 6 juzu’ Al-Quran. Mari kita soroti tips yang dilakukan oleh ibu ini dan cara hafal Quran yang sekaligus membuatkan hati anaknya ‘melekat’ padanya.
Mudah-mudahan, kisah ini dapat menjadi semangat dan pengajaran buat ibu ayah yang ingin mencari cara hafal Quran yang terbaik untuk anak masing-masing.
MEMBENTUK TABIAT CINTAKAN AL-QURAN TANPA UPAH ATAU ‘REWARD’
Saya dah lama sedar, jika kita selalu latih anak untuk baca Al-Quran setiap kali bila disuruh atau dijanji dengan ‘reward’, sebenarnya tak akan berjaya membentuk tabiat membaca Al-Quran.
Jujurnya, anak saya juga saya ‘besarkan’ begini pada awalnya. Walaupun dia mampu menghafaz hingga 5 juzu’ Al-Quran pada usia 5 tahun, tetapi itu hasil selalu ‘disuruh’ dan diupah ‘reward’.
Saya selalu buntu apabila memikirkan nanti dah besar macam mana nak ‘lekatkan’ hati anak dengan Al-Quran.
TIMBULNYA KESEDARAN MELAKUKAN PERUBAHAN
Syukur Allah timbulkan kesedaran dalam hati saya awal. Tak jemu saya berdoa setiap masa supaya diberi petunjuk jalan kaedah yang tepat lahirkan anak yang CINTA pada Al-Quran.
Alhamdulillah, kini pada usianya hampir menginjak 7 tahun saya nampak perbezaan besar dalam ‘attitude’ baca Al-Quran anak saya. Hingga beberapa kali keluar dari mulut anak:
“Mak, I can’t stop baca AlQuran, dah ketagih ni…”
Lalu, dia baca dalam suaranya yang paling merdu dan dalam diam air mata saya mengalir. Allah, tidak dapat saya gambarkan perasaan saya… Bahagia yang amat.
Rupanya Allah menegur saya, di mana saya dulu yang perlu berubah.
5 TIPS BUAT ANAK CINTAKAN AL-QURAN
Beberapa perubahan yang saya buat sebelum saya dapat nampak ‘perubahan’ dalam diri anak adalah seperti berikut.
1. SAYA BERHENTI MENYURUH
Saya mula melazimi semula Al Quran. Jika sebelum ini, kadang-kadang saja saya baca Al-Quran. Kini saya peruntukkan wajib setiap hari ada slot saya sendiri baca Al-Quran.
Antara waktu Maghrib ke Isya’ saya akan tangguhkan semua agenda ‘shopping’ beli barang dapur dan sebagainya. Pastikan diri saya duduk mengulang AlQuran.
Saya mula nampak perubahan anak pada masa ini. Mulanya, dia hanya tengok dengan ekor mata, tetapi hari seterusnya apabila saya konsisten mengulang Al-Quran, dia pun mula membawa rehal dan Al-Quran lalu dia mengulang surah-surah juzu’ yang dah dihafal. Saya tak perlu ‘SURUH’ lagi dan ia berlangsung setiap hari.
2. KAMI BERGILIR BACA AYAT AL-QURAN
Setiap hari Jumaat, wajib kami buat Halaqah, duduk dalam bulatan untuk membaca Surah Al kahfi bergilir-gilir.
Maklumlah Surah Al Kahfi kan panjang, cara untuk mudahkan anak mengulang surah ni ialah secara bergilir-gilir. Alhamdulillah, dapatlah baca bersama seluruh Al Kahfi.
3. TADABBUR TERJEMAHAN AL-QURAN
Saya mula bertadabbur terjemahan Al-Quran. Lalu, saya bercerita pada anak terjemahan surah. Datang pula minat anak untuk bertadabbur bersama.
Kemudian, kami tadabbur makna ayat-ayat yang anak dah hafal. Saya nampak sinar di mata anak bila dia mula tahu makna-makna ayat yang dia hafal sebelum ini.
MasyaAllah, indahnya bercinta dengan Al-Quran.
4. CUBA HAFALKAN BERSAMA-SAMA
Jika sebelum ini, selalunya saya minta anak menghafal sendiri.
Terbaru ini, saya cuba menghafal sama-sama Surah Al-Dzariyat. Baru saya tahu susahnya menghafal dan dapat memahami apa yang anak lalui.
Letak diri kita juga dalam kasut anak untuk faham peritnya dia berusaha menghafal Al-Quran.
5. PUJI ANAK DEPAN SUAMI
Apabila nampak anak saya mula nak baca Al-Quran tanpa disuruh, saya bercerita perihal anak kepada suami.
Biasanya akan bertambah merdu bacaannya mungkin sebab sangat gembira.
INDAHNYA CARA HAFAL QURAN SEPERTI INI
Setakat ini, saya dah berhenti semua ‘reward’ dan tutup mulut dari suruh anak mengulang Al-Quran.
Sebaliknya cara hafal Quran yang lebih berkesan yang saya nampak adalah kita dulu perlu JATUH CINTA dengan AlQuran. Dengan ini, barulah kita mampu melahirkan anak PENCINTA AL QURAN.
Ibu bapa perlu rasa RISAU bila selalu menjanjikan ‘rewards’ untuk anak baca Al-Quran.
Maka, segeralah ‘TAKE ACTIONS’ dan berubah. Semoga kita sama-sama kita lahirkan keluarga yang cintakan Al-Quran.
*Perkongsian asal oleh Puan Siti Aminah Sulaiman ini diterbitkan semula dengan kebenarannya. Puan Siti Aminah juga terlibat dengan seminar-seminar Teknik Hafazan Anak Kecil dan Quranic Homeschooling. Untuk maklumat lanjut dan lagi tips-tips menarik, ‘follow’ beliau di sini: Facebook Siti Aminah Sulaiman
Sumber: https://siraplimau.com
loading...
Anak KETAGIH Baca Quran. Ini Tindakan MENGEJUTKAN Mak Dia Buat Ramai SUKA !!!
Reviewed by Unknown
on
3:57 PM
Rating: 5
No comments: