Lelaki Ini Merupakan Pembunuh Bersiri. Semasa Perbicaraan Ucapan Bapa Salah Seorang Mangsa Buat Penjenayah Ini MENANGIS !!!
Lelaki Ini Merupakan Pembunuh Bersiri. Semasa Perbicaraan Ucapan Bapa Salah Seorang Mangsa Buat Penjenayah Ini MENANGIS !!!Memaafkan mereka yang telah melukai insan yang kita sayangi adalah sangat sukar untuk dilakukan. Lebih-lebih lagi apabila individu tersebut telah memperkosa dan membunuh anak anda sendiri.
Dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu. Tidak ramai yang boleh memahami apa yang dilalui Robert Rule apabila dia mendapat berita tentang anak perempuannya,Linda, yang diperkosa dan dibunuh Gary Ridgway.
Pada hari perbicaraan Gary setelah dia didapati bersalah membunuh seramai 48 mangsa wanita, Robert dan ahli keluarga mangsa-mangsa yang lain diberi peluang untuk memberikan ucapan langsung kepada pesalah tersebut.
Seperti yang dijangka, ramai yang mengutarakan kemarahan, kebencian, dan kesedihan mereka kepada Gary. Malah ada yang menyumpah Gary agar dia akan menghadapi kematian yang menyeksakan, dan ada juga yang berdoa agar Gary tetap diazab di neraka selama-lamanya.
Apabila tiba giliran Robert untuk berucap, bapa kepada mangsa berusia 16 tahun itu dilihat sukar untuk menyusun kata-katanya:
“En. Ridgway,saya…” mula Robert sebelum menyambung dengan nada sopan,”ramai di sini yang membenci anda, tapi saya bukan salah seorang daripadanya. Anda membuatkannya sukar untuk saya berpegang kepada prinsip yang saya percaya selama ini, iaitu apa yang Tuhan memerintahkan kita untuk melakukannya: memberikan kemaafan. Encik kini dimaafkan.”
Sebaik Robert menghulurkan kemaafannya itu, riak wajah Gary berubah dan dia terus mengalirkan air matanya. Tentunya dia tidak menjangka perbuatannya akan dimaafkan. Dia sedia dicerca dan dihina, tetapi apabila dimaafkan, dia tidak lagi dapat menahan sebak di hatinya.
loading...
Lelaki Ini Merupakan Pembunuh Bersiri. Semasa Perbicaraan Ucapan Bapa Salah Seorang Mangsa Buat Penjenayah Ini MENANGIS !!!
Reviewed by Unknown
on
7:48 PM
Rating:
No comments: