Inilah Hukum Makanan Bergoreng Yang Masih Ada Darah (Ayam/Daging/Ikan). Sebarkan Supaya Ramai Tak Was-Was Selepas Baca Ni...
“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-An’am 6:145)
“perkataan ‘darah yang mengalir’ bermakna darah yang mengalir dengan banyaknya. Ini cara Allah menjelaskan mengenai darah kepada hambanya bahawa ini adalah haram. ‘Ikrimah berkata : Jika tidak kerana ayat ini, orang Islam mungkin akan menjadi eksterim mengelak darah yang berada didalam urat-saraf sebagaimana orang Yahudi mengelakkannya.
“yang diharamkan ialah darah yang mengalir. Ibnu Abbas pernah ditanya mengenai hukum limpa, beliau menjawab: “Kamu boleh memakannya.” Mereka berkata lagi: “Bukanlah ia darah?” Beliau menjawab lagi: “Hanyasanya yang diharamkan ke atas kamu ialah darah yang mengalir.”
Beliau juga mengisahkan bahawa, pada zaman Jahiliyyah, mereka menjadikan darah sebagi sumber makanan.
loading...
Inilah Hukum Makanan Bergoreng Yang Masih Ada Darah (Ayam/Daging/Ikan). Sebarkan Supaya Ramai Tak Was-Was Selepas Baca Ni...
Reviewed by Unknown
on
3:57 PM
Rating:
No comments: