facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

SAYU : REHAT LAH DENGAN TENANG .. AZIM INSAN BAIK MENGAPA DIA DIBUNUH KEJAM (6GAMBAR)


KOTA TINGGI : Keluarga dan rakan-rakan mana yang tidak sedih apa yang berlaku semoga pembunuh Azim dapat ditangkap secepat mungkin dan menerima hukuman setimpal.

Penduduk Teluk Sengat di sini, digemparkan dengan berita penemuan satu mayat lelaki dipercayai pelajar pelatih sebuah universiti tempatan di Melaka dengan kesan tikaman pada belakang badan, petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman, berkata mayat Muhammad Azim Nazri Samsuddin, 21, ditemui pekerja ladang berkenaan kira-kira jam 6 petang. Katanya, pada jam 11 pagi, mangsa dikatakan meminjam motosikal milik rakannya untuk bekerja meronda kebun sawit di kawasan Ladang Teluk Sengat.






"Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati lokasi adalah laluan jalan ladang menuju ke Pekan Teluk Sengat dan jarak lokasi tempat mangsa ditemui kira-kira 300 meter dari jalan ke Pekan Teluk Sengat. "Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring berpakaian baju berkolar warna biru dan ada tulisan nama 'Nazri' bersulam, selain berseluar jeans biru dan berkasut getah warna hitam.

 "Tiada sebarang dokumen ditemui pada mangsa dan pemeriksaan pada badan menemui satu kesan tikaman di belakang badan sebelah kiri paras dada dengan lebar luka tikaman sepanjang tiga sentimeter," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Rahmat berkata, satu pisau sepanjang 36 sentimeter ditemui pada jarak 23 meter daripada mangsa ditemui.

"Sebuah motosikal milik rakan mangsa yang digunakan turut berada di tempat kejadian, manakala keluarga mangsa yang beralamat di Bandar Tasek Puteri di Rawang, Selangor sudah dihubungi berhubung kejadian berkenaan. 

"Mangsa sedang menjalani latihan industri selama tiga bulan di Ladang Teluk Sengat iaitu pengkhususan dalam bidang Perladangan di sebuah universiti tempatan di Jasin, Melaka dan dijangka selesai pada 6 Mac nanti," katanya. 


Menurutnya, punca dan motif kejadian setakat ini masih belum diketahui dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan, manakala proses bedah siasat dilakukan di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini. Al fatihah 
loading...
SAYU : REHAT LAH DENGAN TENANG .. AZIM INSAN BAIK MENGAPA DIA DIBUNUH KEJAM (6GAMBAR) SAYU : REHAT LAH DENGAN TENANG .. AZIM INSAN BAIK MENGAPA DIA DIBUNUH KEJAM (6GAMBAR) Reviewed by Unknown on 2:25 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.