facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Terbongkar Kisah Allahyarham Mohd Azhar Amir (16Thn) Sebelum Kemalangan. Katanya …. !!!


Terbongkar Kisah Allahyarham Mohd Azhar Amir (16Thn) Sebelum Kemalangan. Katanya …. !!!| Johor Bahru: Remaja yang maut ketika berbasikal, awal pagi ini, Allahyarham Mohd Azhar Amir, anak yang pendiam dan rajin membantu abangnya berniaga. Shabariah Yusof, 49, berkata sering keluar bersama rakannya selepas selesai menolong abangnya berniaga puding di Kampung Senibong, kira-kira 11 malam.
“Lepas berniaga, baru dia keluar dengan kawan-kawannya berbasikal, pergi ke mana saya tak pasti…dia memang balik dalam kira-kira 3 pagi,” katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, hari ini. “Saya hanya mengetahui kejadian ini lepas kawan-kawan dia yang berbasikal balik ke rumah dan memaklumkan bahawa anak saya kemalangan,” katanya.
Dalam kemalangan 3.30 pagi itu, lapan remaja maut, lapan cedera, termasuk dua kritikal selepas dirempuh kereta dipandu wanita berusia 22 tahun di Jalan Lingkaran Dalam. Mohd Azhar, 16, adalah anak kelapan daripada 10 orang adik-beradik dan masih menunut di Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya 3.
Sementara itu, abang mangsa, Khainurizam, 33, berkata dia sering menasihati adiknya agar tidak terbabit dalam aktiviti berbasikal. “Saya dah banyak kali larang dia tapi itulah budak-budak ini bila kawan-kawan dia dah ajak memang degil, kadangkala keluar rumah senyap-senyap. “Oleh itu, bila ada apa-apa berlaku kita tahu pun dari orang lain,” katanya.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/207007
loading...
Terbongkar Kisah Allahyarham Mohd Azhar Amir (16Thn) Sebelum Kemalangan. Katanya …. !!! Terbongkar Kisah Allahyarham Mohd Azhar Amir (16Thn) Sebelum Kemalangan. Katanya …. !!! Reviewed by Unknown on 9:19 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.